SUBANG JAYA, 8 APRIL: Polis Selangor menegaskan dakwaan pihak berkuasa itu menyorokkan kematian membabitkan insiden letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights tidak benar.
SUBANG JAYA, 8 APRIL: Sejumlah 270 pemilik rumah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini selepas disahkan selamat oleh agensi berkaitan, kata ketua polis Selangor.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Polis akan menyiasat dakwaan punca kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor disebabkan oleh kerja mengorek di tanah rizab Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
SHAH ALAM, 24 MAC: Tekanan hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki nekad menyamun kedai emas menggunakan senjata api di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Sabtu lalu.
SHAH ALAM, 23 MAC: Tidak sampai enam jam melakukan jenayah samun bersenjata api di kedai emas dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara petang semalam, seorang lelaki tempatan dipercayai suspek ditahan 10.15 malam tadi.
SHAH ALAM, 13 FEB: Pesara swasta kerugian RM1.7 juta selepas terperdaya dengan prospek pelaburan diberikan individu yang menggunakan gelaran 'Profesor'.
SHAH ALAM, 12 FEB: Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
SHAH ALAM, 9 FEB: Seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan pada kaki dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.
SHAH ALAM, 7 FEB: Dua warga emas terpaksa menanggung kerugian lebih RM5 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, awal pagi semalam.
SHAH ALAM, 25 JAN: Polis Selangor mengesahkan menerima satu laporan berhubung tiga lelaki disyaki warga asing mengalami kecederaan dipercayai kesan tembakan pada anggota badan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam.
SHAH ALAM, 16 JAN: Polis menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.3 juta.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Lapan individu termasuk suami isteri pemilik syarikat pelancongan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.
SHAH ALAM, 15 JAN: Suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
SHAH ALAM, 4 JAN: Polis sedang mengesan beberapa individu yang tular mengenakan pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis dipercayai anjuran sebuah pertubuhan.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan analisis toksikologi berkaitan kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada 31 Disember lalu.
SHAH ALAM, 13 NOV: Polis Selangor merekodkan sebanyak 387 kes penderaan membabitkan kanak-kanak sepanjang Januari hingga Oktober lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
SHAH ALAM, 12 NOV: Polis tidak menemukan unsur jenayah dalam kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan dilakukan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang, Rabu lalu.
KUALA LANGAT, 4 NOV: Polis Selangor memantau rapat kawasan Sungai Buloh, Kuala Selangor dan Ampang berikutan lambakan warga asing di kawasan itu yang mencetuskan kekhuatiran dalam kalangan penduduk.
SHAH ALAM, 17 OKT: Polis Selangor hari ini melupuskan 1.99 tan metrik dan 267,711.02 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM131.71 juta yang telah selesai kes mahkamah.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.